Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam post seterusnya. Post kali ini adalah motivasi untuk seorang penuntut ilmu yang diambil daripada ceramah motivasi Prof Dr. Muhaya. Sama-sama kita jadikan kata-kata ini sebagai panduan dalam hidup kita. Semoga bermanfaat. InsyaAllah.
Antara 5 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu
1. "Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula"
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk dipelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah/cikgu. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Disiplinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah/kelas untuk mengulangkaji nota-nota kuliah/subjek. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima 4 jam sehari.
2. "Banyaknya Nak Belajar dan Masanya Pula Sikit"
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah/kelas kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah/subjek, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disalingkaitkan (pelajar perubatan). Kenal pasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah/cikgu dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.
3. "Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!"
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperoleh ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan-rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa praktikal klinik dan pengajian lanjutan lepasan ijazah.
4. "Saya Baca, Saya Faham Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung"
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik-topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri.
5. "Banyaknya Nak Kena Ingat"
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja tersusun supaya boleh diperoleh semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.
#credit to Prof. Dr. Muhaya#
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi kita panduan dalam proses belajar. Mungkin ceramah ini lebih khusus untuk pelajar perubatan tetapi kita masih boleh mengambil manfaat daripadanya untuk digunakan dalam kehidupan kita.
Sekian.
Alhamdulillah.
See you at the next post.
~sukebio~
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi kita panduan dalam proses belajar. Mungkin ceramah ini lebih khusus untuk pelajar perubatan tetapi kita masih boleh mengambil manfaat daripadanya untuk digunakan dalam kehidupan kita.
Sekian.
Alhamdulillah.
See you at the next post.
~sukebio~
No comments:
Post a Comment