#muhasabah diri--> [Tulislah dan kongsikanlah apa-apa jua yang baik untuk memberi impak kepada orang lain yang memerlukannya tanpa kita sedari]--#viaprofmadyaDrshahida

Saturday 5 January 2013

Nota Biologi Bab 5

Assalamualaikum w.b.t.,

Kita sambung perbincangan dalam Bab 5 iaitu PEMBAHAGIAN SEL.

Secara umumnya,

  • Salah satu ciri kebanyakan sel-sel hidup adalah keupayaan mereka untuk sentiasa tumbuh, membahagi & mati.
  • Ini bermakna mereka dapat membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru yang serupa dengan diri mereka sendiri.
  • Sel yang mati perlu diganti dengan sel baharu.
  • Setiap sel hidup yang terbentuk daripada sel yang sedia ada melalui proses pembahagian sel.
  • Pembahagian sel terbahagi kepada dua peringkat:
  1. Pembahagian nukleus (melalui proses meiosis & mitosis)
  2. Pembahagian sitoplasma atau sitokinesis


Tuesday 1 January 2013

Coret-coret 2013

Assalamualaikum w.b.t.,

2013 telah berkunjung kini,
Setelah 2012 melangkah pergi,
Jika cik adik,cik akak  dan cik abang bijak bestari,
Siapa boleh bagitahu apa post saya kali ini??

chewahhhhh....sekadar selingan yee.(^^,)

So, bertemu lagi kita dalam post kali ini iaitu coret-coret blog sukebio.
Ha, post kali ni jugak merupakan post pembuka tirai bagi tahun 2013...(^____^). 

Post kali ini masih dengan Photoshop.
Maka,untuk menambahkan lagi kemahiran Photoshop, saya telah mengedit bookmark khas untuk visitors sukebio.blosgspot.com semua.

Nak tahu bookmark apa???

Ha, ni dia, tadaaaaaa------>

saya suke bio


belajar adalah seronok

So, macam mana?ada kritikan?minta maaf la ye kalau bookmark ni indah khabar daripada rupa..saya budak baru belajar...Kalau salah tolong ajarkan(^^,).

Sekian dulu untuk post kali ni.
See u at the next post.