#muhasabah diri--> [Tulislah dan kongsikanlah apa-apa jua yang baik untuk memberi impak kepada orang lain yang memerlukannya tanpa kita sedari]--#viaprofmadyaDrshahida

Sunday 26 January 2014

Coret-coret 2014

Bismillahirrahmannirrahim,

Assalamualaikum w.b.t,

Pejam celik-pejam celik, kita dah nak masuk Februari tahun 2014. Rasa begitu cepat masa meninggalkan kita. Alhamdulillah selesai juga kursus dalam cuti bagi guru-guru di bawah Jabatan Agama Islam Melaka dan Negeri Sembilan. Banyak ilmu baru yang diperoleh sepanjang kursus tersebut. Semoga segala 'input' yang dipelajari akan membantu kami para guru akademik mahupun diniyah untuk terus mendidik anak-anak untuk menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. Mengenali sahabat-sahabat kdc Jaim & Jains juga sangat bermakna dalam hidup ini. Dan semoga ukhuwwah yang terbina ini akan berkekalan hingga ke syurga. InsyaAllah :).

Kita semua guru berjaya


Apabila disebut sahaja tahun baru 2014, pasti semua orang akan berkira-kira untuk membuat azam tahun baru. Mungkin ada juga yang ingin menyambung azam yang tidak dapat diselesaikan pada tahun-tahun sebelum ini. Tidak kiralah kita sebagai pendidik, pelajar universiti, pelajar sekolah mahupun suri rumah. Pasti semua orang sudah meletakkan azam atau matlamat yang ingin dicapai pada tahun 2014 ini. Matlamat ini sangat penting kerana ia dapat memberi panduan dalam hidup kita. Sudah pastilah segala pekerjaan yang ingin kita lakukan adalah bermatlamat untuk mencapai keredhaan Allah. Maka, setiap apa yang kita ingin capai perlulah disertai niat. 

sumber: facebook

Jika kita berazam ketika detik ini untuk mendapat pekerjaan tetap, maka pertama sekali kita perlu menetapkan niat untuk mendapat redha Allah mudah-mudahan dengan rezeki yang diperoleh akan memudahkan kita bersedekah atau infaq untuk kebaikan. Begitu juga, jika kita berazam saat ini untuk mendapat keputusan cemerlang dalam SPM atau 4.0 flat dalam exam di final sem di universiti, kita perlu menetapkan niat agar dengan keputusan cemerlang ini kita dapat menyumbang untuk masyarakat islam bukan untuk menunjuk-nunjuk atau riak. Maka, sebelum kita melakukan sesuatu pastikan niat kerana Allah s.w.t. InsyaAllah segala urusan kita akan dipermudahkan.



Azam saya untuk blog sukebio.blogspot.com di saat ini, saya harap dapat membantu anak-anak didik dalam mencari ilmu-ilmu yang berguna terutama untuk subjek Biologi ini sama ada dalam bentuk nota, video mahupun latihan. Saya juga berharap dapat mengemaskini nota-nota biologi dalam blog ini. Saya juga berazam untuk menyertakan motivasi dan ilmu-ilmu yang bermanfaat dalam blog ini. Saya juga berazam untuk menghasilkan 'post-post' yang dapat mengaitkan bidang Biologi ini dengan Islam. InsyaAllah.

Sekian,

Alhamdulillah.
See you at the next post.

~sukebio~