#muhasabah diri--> [Tulislah dan kongsikanlah apa-apa jua yang baik untuk memberi impak kepada orang lain yang memerlukannya tanpa kita sedari]--#viaprofmadyaDrshahida

Wednesday 12 December 2012

Satu Kajian: Faktor-faktor Pelajar Menghadapi Masalah Pembelajaran BIOLOGI



Assalamualaikum w.b.t.,

Satu kajian telah dilakukan oleh Sabariah Binti Bakri bertujuan untuk meninjau faktor-faktor psikologi yang mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran BIOLOGI. Kajian ini memfokuskan lima aspek iaitu hubungan pelajar dengan guru, sikap pelajar, minat pelajar, pengaruh rakan sebaya dan faktor dorongan keluarga.

Sila baca lampiran di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang hasil kajian yang telah dilakukan oleh beliau.





Jika ada masalah, anda juga boleh klik di link berikut---> Kajian Biologi


Nota Biologi Bab 4


Assalamualaikum w.b.t.,

Kita sambung perbincangan kita dalam tajuk Bab 4 iaitu KOMPOSISI  KIMIA DALAM SEL.

Saksikan penerangan menarik Mr. Gary dari iTTV berikut.





Jika sukar untuk dibuka, anda boleh juga klik slideshare di bawah.




Topik 4 komposisi kimia sel from smktsj2

Jika masih kurang faham, anda boleh rujuk pada nota powerpoint di bawah.





Jika terdapat masalah untuk membuka powerpoint di atas, anda boleh klik link berikut--> powerpoint Bab 4


LENSA seorang biologist:)


Assalamualaikum w.b.t.,

Di sini, saya ingin kongsikan gambar-gambar menarik yang sempat saya ambil ketika membuat kajian sebagai student biologist. Semoga bermanfaat untuk semua. Mari kita sama-sama melihat Kebesaran ALLAH s.w.t. SUBHANALLAH.

Spesies Kulat

Spesies Kulat


Krozier paku pakis

Ulat Gonggok Gergasi

Sejenis kulat 

Spesies paku pakis

Spesies kulat





Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Ting 4


Assalamualaikum w.b.t.,

Pada post kali ini, saya akan melampirkan Huraian Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan 4 untuk kegunaan guru-guru semua.

----->Versi BI

----->Versi BM

Tuesday 11 December 2012

Link RPH BIOLOGI

Assalamualaikum w.b.t.,

Di sini, saya lampirkan pautan untuk contoh RPH Biologi Tingkatan 4.

 

Contoh RPH Biologi Bab 2

Assalamualaikum w.b.t,

Di sini, saya sertakan contoh Rancangan Pengajaran Harian bagi Bab 2.

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Mata Pelajaran                    : Biologi
Tingkatan                            : Tingkatan 4
Bilangan Pelajar                   :  30 orang
Tarikh                                  :  19 Januari 2013
Hari                                     :  Selasa
Masa                                   :  9.30 – 10.20 pagi  (50 minit)
Tajuk                                   :  Struktur sel dan fungsi bahagian sel (sel haiwan dan tumbuhan)

Hasil Pembelajaran               :  Di akhir pembelajaran, pelajar-pelajar dapat :-
1.    Memahami struktur dan fungsi setiap sel haiwan dan sel tumbuhan
2.    Membuat  perbandingan antara struktur sel haiwan dan sel tumbuhan

Pengetahuan sedia ada          :  1.    Pelajar mempunyai pengetahuan tentang sel haiwan dan tumbuhan   melalui pembacaan awal buku teks atau buku rujukan.

Nilai Murni                            :  1.    Menyedari bahawa sel haiwan dan tumbuhan mempunyai  struktur unik.
                                                2.     Mensyukuri dan mengagumi alam ciptaan Tuhan           

Bahan Bantu Mengajar       :      Slide Power Point , video animasi struktur sel haiwan dan tumbuhan, nota tutorial dalam bentuk flash card dan kuiz online dari laman web pembelajaran

Langkah
/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pembelajaran dan Pembelajaran
Catatan
Kaedah/Nilai/BBM

Set Induksi

(10 minit)


Pengenalan kepada sel haiwan dan sel tumbuhan


1.Guru memberi pengenalan kepada pelajar mengenai sel haiwan dan sel tumbuhan melalui tayangan video di laman berikut:



 

Kaedah

Soal jawab, perbincangan di dalam kelas

BBM
Video animasi


Langkah 1

(20 minit)

Menjelaskan  bentuk dan ciri-ciri setiap jenis sel

1.Sel haiwan

2.Sel tumbuhan

   










1.Guru menerangkan mengenai struktur dan fungsi setiap jenis sel

2.Guru meminta pelajar menyatakan apakah persamaan dan perbezaan yang terdapat pada kedua-dua jenis sel

3.Guru menerangkan dengan lebih lanjut mengenai topik yang dibincangkan melalui slide MS Power Point yang disediakan oleh guru.

4.Pelajar diminta untuk melayari laman web pembelajaran untuk mendapatkan nota dalam bentuk flash card bagi rujukan lanjut di laman web berikut:






 

 

Kaedah

Penerangan oleh guru, perbincangan,
pelajar melayari laman web yang berkaitan

 

 

BBM

·         Slide MS Power Point
·         Gambarajah
·         Laman web pembelajaran

Langkah
/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pembelajaran dan Pembelajaran
Catatan
Kaedah/Nilai/BBM

Langkah 2
 (10 minit)

Pengukuhan dan penilaian

1.Pelajar berpeluang untuk mengukuhkan pemahaman mereka dengan menjawab kuiz online di website berikut:







Kaedah

Pelajar melayari laman web yang berkaitan, aktiviti menjawab kuiz

 

BBM

·         Internet
·         Kuiz online dari laman web pembelajaran


Penutup
(10 minit)

Rumusan dan kesimpulan

1.Guru meminta pelajar menyatakan mengenai apa yang telah mereka pelajari melalui perbincangan di dalam kelas

2.Guru merumuskan semua  isi pengajaran yang telah dipelajari


 

Kaedah

Perbincangan, soaljawab




Monday 10 December 2012

Nota BIOLOGI Bab 3

Assalamualaikum w.b.t,

Untuk entri kali ini, saya akan membincangkan tentang Bab 3 iaitu PERGERAKAN BAHAN MERENTASI MEMBRAN PLASMA.

Struktur Membran Plasma





  • Membran plasma terdiri daripada PROTEIN & FOSFOLIPID.
  • Model struktur membran plasma yang kini diterima oleh ahli sains ialah model yang dikemukakan oleh S.Singer & G.Nicholson pada tahun 1972.
  • Model ini mencadangkan bahawa molekul protein terselit di antara fosfolipid dan tersebar di seluruh membran plasma.
  • Model tersebut dinamakan sebagai MODEL MOZEK BENDALIR.

Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma

Bahan-bahan yang merentasi membran plasma

Untuk lebih memahami subtopik ini, mari kita saksikan video pergerakan bahan merentas membran plasma di bawah.




Thursday 6 December 2012

Nota BIOLOGI Bab 2

Assalamualaikum w.b.t.,

Untuk post kali ini, cikgu akan membincangkan tentang Bab 2 iaitu Struktur & Organisasi Sel.

STRUKTUR & FUNGSI SEL
  • Sel adalah unit asas kehidupan. 
  • Sel terdiri daripada membran plasma yang menyelaputi protoplasma (nukleus & sitoplasma).
  • Sitoplasma mengandungi banyak organel.
  • Organel adalah struktur khas yang diselaputi membran dan menjalankan fungsi tertentu.
  • Rajah di bawah menunjukkan struktur satu sel haiwan dan satu struktur sel tumbuhan yang dilihat melalui mikroskop elektron.
Beza sel haiwan & sel tumbuhan secara kasar


Beza Sel haiwan & sel tumbuhan melalui mikroskop elektron



Beza Sel haiwan & Sel tumbuhan 3D

Apakah perbezaan yang dapat dilihat antara sel haiwan & sel tumbuhan? Mari kita bandingkan kedua-dua sel ini.

Perbandingan Sel Haiwan & Sel Tumbuhan

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh download nota berformat pdf & doc di bawah:

----->Nota BAB 2 pdf
----->Nota BAB 2 doc

(sumber: http://www.mediafire.com/?5h8jm56zb0a78js)





Wednesday 5 December 2012

Nota BIOLOGI Bab 1

Assalamualaikum w.b.t.,

Hari ini, saya akan memberi serba sedikit pengenalan tentang BIOLOGI.

Apa itu BIOLOGI?

  • Perkataan "biologi" berasal daripada bahasa yunani iaitu "bios" dan "logos".
  • "bios" bermaksud kehidupan.
  • "logos" bermaksud kajian.
  • Maka, "biologi" bermaksud kajian mengenai kehidupan.

Jenis-jenis bidang kajian BIOLOGI.
  • Bioteknologi
  • Biokimia
  • Perubatan
  • Anatomi
  • Genetik
  • Fisiologi
  • Taksonomi
  • Ekologi
  • Botani
  • Zoologi
  • Mikrobiologi
  • Histologi
  • Biologi Marin & Air Tawar
  • Ahli sains perubatan

Kepentingan BIOLOGI
  1. Memahami pelbagai interaksi yang berlaku di sekeliling kita.
  2. Mengenai sejenis organisma biasanya melibatkan kajian mengenai persekitaran hidup & interaksi-interaksi organisma tersebut dengan organisma lain.
  3. Dengan mengkaji organisma hidup, proses hidupnya dan cara-cara proses memberi kesan kepada kita, kita akan dapat memahami dengan lebih baik cara-cara badan manusia berfungsi.










Silibus BIOLOGI Ting 4


Assalamualaikum w.b.t,

Di sini, saya sertakan silibus subjek biologi bagi tahun 2012.


SILIBUS BIOLOGI TINGKATAN 4








  • BAB 7: Respirasi

  • BAB 8: Ekosistem Dinamik

  • BAB 9: Ekosistem Terancam