#muhasabah diri--> [Tulislah dan kongsikanlah apa-apa jua yang baik untuk memberi impak kepada orang lain yang memerlukannya tanpa kita sedari]--#viaprofmadyaDrshahida

Tuesday 11 December 2012

Contoh RPH Biologi Bab 2

Assalamualaikum w.b.t,

Di sini, saya sertakan contoh Rancangan Pengajaran Harian bagi Bab 2.

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Mata Pelajaran                    : Biologi
Tingkatan                            : Tingkatan 4
Bilangan Pelajar                   :  30 orang
Tarikh                                  :  19 Januari 2013
Hari                                     :  Selasa
Masa                                   :  9.30 – 10.20 pagi  (50 minit)
Tajuk                                   :  Struktur sel dan fungsi bahagian sel (sel haiwan dan tumbuhan)

Hasil Pembelajaran               :  Di akhir pembelajaran, pelajar-pelajar dapat :-
1.    Memahami struktur dan fungsi setiap sel haiwan dan sel tumbuhan
2.    Membuat  perbandingan antara struktur sel haiwan dan sel tumbuhan

Pengetahuan sedia ada          :  1.    Pelajar mempunyai pengetahuan tentang sel haiwan dan tumbuhan   melalui pembacaan awal buku teks atau buku rujukan.

Nilai Murni                            :  1.    Menyedari bahawa sel haiwan dan tumbuhan mempunyai  struktur unik.
                                                2.     Mensyukuri dan mengagumi alam ciptaan Tuhan           

Bahan Bantu Mengajar       :      Slide Power Point , video animasi struktur sel haiwan dan tumbuhan, nota tutorial dalam bentuk flash card dan kuiz online dari laman web pembelajaran

Langkah
/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pembelajaran dan Pembelajaran
Catatan
Kaedah/Nilai/BBM

Set Induksi

(10 minit)


Pengenalan kepada sel haiwan dan sel tumbuhan


1.Guru memberi pengenalan kepada pelajar mengenai sel haiwan dan sel tumbuhan melalui tayangan video di laman berikut:



 

Kaedah

Soal jawab, perbincangan di dalam kelas

BBM
Video animasi


Langkah 1

(20 minit)

Menjelaskan  bentuk dan ciri-ciri setiap jenis sel

1.Sel haiwan

2.Sel tumbuhan

   










1.Guru menerangkan mengenai struktur dan fungsi setiap jenis sel

2.Guru meminta pelajar menyatakan apakah persamaan dan perbezaan yang terdapat pada kedua-dua jenis sel

3.Guru menerangkan dengan lebih lanjut mengenai topik yang dibincangkan melalui slide MS Power Point yang disediakan oleh guru.

4.Pelajar diminta untuk melayari laman web pembelajaran untuk mendapatkan nota dalam bentuk flash card bagi rujukan lanjut di laman web berikut:






 

 

Kaedah

Penerangan oleh guru, perbincangan,
pelajar melayari laman web yang berkaitan

 

 

BBM

·         Slide MS Power Point
·         Gambarajah
·         Laman web pembelajaran

Langkah
/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pembelajaran dan Pembelajaran
Catatan
Kaedah/Nilai/BBM

Langkah 2
 (10 minit)

Pengukuhan dan penilaian

1.Pelajar berpeluang untuk mengukuhkan pemahaman mereka dengan menjawab kuiz online di website berikut:







Kaedah

Pelajar melayari laman web yang berkaitan, aktiviti menjawab kuiz

 

BBM

·         Internet
·         Kuiz online dari laman web pembelajaran


Penutup
(10 minit)

Rumusan dan kesimpulan

1.Guru meminta pelajar menyatakan mengenai apa yang telah mereka pelajari melalui perbincangan di dalam kelas

2.Guru merumuskan semua  isi pengajaran yang telah dipelajari


 

Kaedah

Perbincangan, soaljawab




No comments:

Post a Comment