#muhasabah diri--> [Tulislah dan kongsikanlah apa-apa jua yang baik untuk memberi impak kepada orang lain yang memerlukannya tanpa kita sedari]--#viaprofmadyaDrshahida

Monday 28 October 2013

Nota Biologi Bab 6

Bismillahirrahmanirrahim :)
Assalamualaikum w.b.t.,
Alhamdulillah dapat juga kita meneruskan perbincangan Bab 6 iaitu NUTRISI.

Nutrisi boleh didefinisikan sebagai satu proses yang kompleks yang mana organisma mendapatkan tenaga daripada makanan untuk pertumbuhan, penyenggaraan dan pembaikan tisu rosak.

Terdapat dua jenis nutrisi iaitu nutrisi autotrof dan nutrisi heterotrof.

Autotrof ialah organisma yang boleh mensintesis makanan sendiri (menghasilkan makanan sendiri).
Terdapat dua jenis organisma yang menjalankan nutrisi ini iaitu tumbuhan hijau (fotosintesis) dan bakteria (kemosintesis).

Heterotrof ialah organisma yang tidak boleh membuat makanan sendiri.
Terdapat tiga jenis organisma yang menjalankan nutrisi ini iaitu saprofit (saprofitisme), parasit (parasitisme) dan holozoik.
Contohnya: manusia, herbivor, karnivor dan tumbuhan insektivor (periuk kera dan pokok perangkap lalat).


No comments:

Post a Comment